Assalamualaikum
ibu-ibu semua, Kedai Mama Mia ingin berkongsi Panduan mengemas beg hospital.
Kenapa kita
perlu mengemas beg hospital ini seawal yang mungkin?
Supaya
sekiranya berlaku perkara tidak di duga seperti air ketuban pecah @ turun
darah, segala kelengkapan untuk diri kita dan anak kita telah disediakan dan
supaya tidak kelam kabut. Percayalah bila tiba masanya walaupun kita telah
siapkan segala kelengkapan pasti kita akan kelam kabut juga terutama sekali
kepada bakal ibu bapa yg pertama kali hendak menyambut anak.
Bila masa
yang paling sesuai untuk mengemas beg hospital?
Masa yang
paling sesuai adalah minggu ke-36 kerana pada masa itu, bayi akan mula
menunjukkan tanda-tanda bersedia untuk keluar dari rahim ibu. Antara
tanda-tanda bersalin adalah :
a)
contractions
braxton hicks.
a.
Ia
terasa seperti sengugut semasa haid cuma ia ditambah dengan sakit dan semakin
kerap rasa cramp. Kontraksi Braton Hicks
ini tidak sekuat kontraksi sebenar. Fungi kontraksi ini membantu menipiskan,
memendekkan dan membuka serviks anda untuk memberi laluan bayi keluar.
Banyakkan berjalan @ menukar posisi kerana ia membantu mengurangkan rasa sengit
kontraksi.
b)
Turun
darah @ lendir pekat
a.
Apabila
kepala bayi sudah turun ke serviks dan kontraksi braxton hicks yang berulang
boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini berada di pintu serviks
yang berfungsi menghalang sebarang kuman masuk dan merebak kepada bayi. Sifat
pluk mukus ini berlendir pekat dan bercampur darah. Dengan ketiadaan pluk ini
membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.
c)
Bayi
kurang bergerak
a.
Sebulan
sebelum EDD, biasanya doktor akan membekalkan jadual pergerakan bayi kerana
dikhuatiri bayi yang kurang bergerak lemas di dalam rahim ibu. Segeralah
menghubungi doktor anda sekiranya bayi anda kurang bergerak 10x dalam 12 jam.
d)
Engages
a.
Kepala
bayi sudah berada di tulang pelvis. Bagi ibu yang kali pertama mengandung, bayi
akan engages awal 2-3 minggu dari EDD. Untuk ibu yang mengandung anak kedua dan
seterusnya, bayi akan mengalami kelewatan engages kerana tulang pelvis sudah
regang ketika bersalinkan anak pertama. Maka bayi mereka tidak akan engages
sehingga proses kelahiran bermula. Anda akan terasa “kosong” di bahagian atas
abdomen kerana kepala bayi sudah bersedia berehat dibawah tulan pelvis anda.
e)
Kerap
membuang air kencing
a.
Apabila
janin semakin membesar, berat dan kepala bayi akan terletak di bawah tulang
pelvis anda di mana ia akan menekan pundi kencing yang menyebabkan ibu terasa
hendak kencing selalu.
f)
Cirit
birit
a.
Tindak
balas proses kelahiran dan hormon dalam badan, menyebabkan usus kekejangan
abdomen dan longgar. Bagi memberi lebih ruang kepada bayi, usus akan bergerak
lebih kerap. Hormon ini juga menyebabkan anda berasa loya.
g)
Keputihan
a.
Berlaku
lebihan discharge yang dikeluarkan dari faraj.
h)
Air
ketuban Pecah
a.
Kebarangkalian
untuk air ketuban pecah adalah 1 per 10 ibu hamil sebelum kelahiran. Sekiranya
air ketuban bocor, segeralah menghubungi doktor anda. Doktor akan indius @
menyegerakan proses kelahiran dalam masa 24 jam untuk mengelakkan jangkitan
atau komplikasi sewaktu kelahiran.
i)
Sakit
belakang bahagian bawah
a.
Kesakitan
yang berpanjangan ini, menyebabkan ibu sukar untuk tidur lena akibat ligamen
rahim yang diregangkan berlebihan. Cuba untuk tiduk secara duduk ia akan
mengurangkan stress di bahagian bawah belakang anda.
Apakah yang
perlu ada didalam beg hospital?
a)
Untuk
ibu
Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin.
Tatacara mandi wiladah sama seperti mandi wajib juga. Niat mandi wiladah. Kalau
x tahu, tanyalah ustazah ataupun google search yer..Teknologi di hujung jari ni
rugi kalau x dimanfaatkan :)
a. Stoking
dan persalinan. Bawa sahaja baju-baju lama kerana dikhuatiri kena darah. Jadi
basuh lebih kurang dan boleh buang.
b.
Maternity
pad, peralatan mandian dan sewaktu dengannya.
c.
Sekiranya
masih ada masa sebelum bersalin, bawa sekali telekung.
d.
Nursering
bra bagi memudahkan proses penyusuan anda.
b)
Untuk
anak
a.
Pakaian
i. Baju,
seluar, barut, booties, mitten, bedung (ikut keperluan). Anak cepat membesar,
so beli ikut keperluan semasa. Boleh tambah kemudian hari.
b.
Alatan
mandian dan penjagaan
i. Sabun,
syampu, bedak, minyak telon, besen mandi anak, alas tilam (ikut keperluan).
ii. Selipar
untuk ke tandas.
c.
Makanan
i. Sediakan
kurma kerana ia membekalkan tenaga dengan cepat berbanding makanan lain.
ii. Selain
itu, sekiranya berlaku komplikasi perut yang kosong memudahkan proses c-zer.
c)
Travel
dll
a.
Stroller, baby car seat, baby cot/playpen. Boleh dibeli
selepas bersalin. Yang lain2 tu anda boleh google search. Ada web yang
menyediakan list lengkap.
d)
BREAST PUMP!!!!
a.
Incase klu bayi kita kena tahan dlm incubator @ NICU.
Breast pump penting untuk stimulate breast milk glande untuk produce colostrums
yang kaya dengan antibody sebelum keluarnya susu sebenar untuk bayi anda.
b.
Colostrums
ini sangat penting untuk membantu meningkatkan immuni sistem bayi anda.
c.
Disamping
itu, membantu anda mengurangkan bengkak susu. Mama mia pernah rasa sakitnya
bengkak susu ini sampai demam.
Siapakah yang
perlu anda ingatkan membawa beg hospital?
Ibu kena
selalu ingatkan bapa membawa beg hospital
Dimanakah anda
letak beg hospital?
Di dalam
kereta kerana meskipun ibu sudah meletakan di tepi pintu, percayalah pasti akan
terlupa juga kerana ketika itu. Perasaan kelam kabut lebih menguasai minda
kita.
No comments:
Post a Comment