Thursday, May 16, 2013

Kenapa mesti SUSU IBU?


Kenapa ibu-ibu di galakan memberi penyusuan penuh kepada anak-anak sehingga 6 bulan?

Kenapa perlu susu ibu? Kenapa bukan susu tepung jenama XYZ?

Kenapa mesti 6 bulan penuh di beri susu ibu sahaja tanpa makanan tambahan?

Setelah tamat proses berpantang, tibalah masa untuk kita bersiap sedia untuk kembali berkerja. Bagaimana dengan anak yang baru lahir? Siapa yang harus menjaga mereka? dan apa yang perlu di berikan kepada bayi yang baru lahir keika kita keluar bekerja?

SUSU IBU

Breastfeeding is the normal way of providing young infants with the nutrients they need for healthy growth and development. Virtually all mothers can breastfeed, provided they have accurate information, and the support of their family, the health care system and society at large. 

Colostrum, the yellowish, sticky breast milk produced at the end of pregnancy, is recommended by WHO as the perfect food for the newborn, and feeding should be initiated within the first hour after birth.

Exclusive breastfeeding is recommended up to 6 months of age, with continued breastfeeding along with appropriate complementary foods up to two years of age or beyond.” …WHO

Mengapa susu ibu ditekankan supaya di beri kepada anak yang baru lahir?
1.    Perkembangan otak bayi bayi lebih baik dengan susu ibu.
a.    Tengok graf ni

c.     Seriusly, mat salih klu x de susu mereka bersusah payah beli susu ibu dari ibu lain @ travel dari satu daerah ke satu daerah untuk dapatkan susu ibu untuk anak mereka. Tapi kita pula, menafikan kebaikan susu ibu dengan memberi susu tepung kepada anak kita.
2.    Lumrah alam, sumber sumula jadi merupakan sumber terbaik. Lihat graf tadi balik.
a.    Kandungan susu ibu sangat ideal dengan bayi mengikut tahap pertumbuhan anak.
b.    Contohnya kandungan Minyak Omega-3 yang semula jadi di dalam susu ibu dapat membantu perkembangan otak dan mata bayi yang baru lahir. Kepentingan nuterisi ini sangat penting sewaktu proses kehamilan fasa 1 kerana ia membantu pertumbuhan otak dan saraf bayi.
c.     Bagi bayi yang pra matang, susu ibu membantu menambah kandungan zat lemak, protin, natrium, klorida dan zat besi yang tinggi sesuai dengan keperluan mereka. Tambahan lagi, fungsi mata mereka berkembangan lebih cepat berbanding bayi pra matang yang tidak di beri susu ibu.
3.    Susu ibu mudah dicernakan oleh sistem percernaan bayi yang belum matang.
a.    Pada bulan pertama, usus bayi belum mencapai tahap matang sepenuhnya.
b.    Pemberian susu bayi memudahkan usus menyerap zat yang diperlukan dan meringankan proses percernaan
c.     Selain itu, kehadiran enzim yang HANYA TERDAPAT dalam susu ibu membantu meringankan lagi proses penghadaman dan penyerapan.
d.    Ini bermakna, bayi mendapat 100% khasiat susu jika di beri secara direct.
4.    Bayi yang diberi susu ibu, mempunyai antibodi yang kuat.
a.    Hanya susu ibu mengandungi 100% antibodi untuk bayi.
b.    Kehadiran antibodi ini membantu bayi melawan penyakit sistem penafasan dan percernaan.
c.     Keistimewaan susu ibu ini, ia mengandungi bakteria baik untuk membunuh bakteria bahaya yang terdapat pada persekitaran bayi.
5.    Susu ibu tidak mudah tercemar melainkan
    1. Bekas dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
    2. Bekas dan peralatan yang digunakan terdedah dan terbiar terlalu lama.
    3. Pengambilan ubat-ubatan (Kimoterapi, Heroin) 
    4. Pencemaran hanya akan berlaku apabila kita mengendalikan susu perahan dengan cara yang salah 
    5. Susu ibu adalah sterilize sepenuhnya.
6.     Susu ibu menghindarkan bayi dari alahan
7.     Susu ibu mengurangkan risiko obesiti di kemudian hari
a.     Ini kerana susu ibu mengandungi lemak tak tepu yang sihat untuk membantu menambah berat badan bayi.
b.     Sungguh pun berat bayi lebih, doktor tidak akan BISING untuk mengawal berat bayi.
8.     Susu ibu tidak menimbulkan karies gigi pada bayi
a.     Gula yang terkandung dalam susu ibu adalah gula komplek yang mudah dicernakan oleh usus.
b.     Kandungan gula yang terdapat dalam susu ibu, bersesuaian dengan usia bayi.
9.     Susu ibu menyihatkan paru-paru bayi
a.     Apabila bayi menyedut susu dari payudara, ia tidak langsung mendidik paru-paru untuk berkerja sama.
10. Menyusu sebagai cara mendidik bayi sejak awal
11. Menyusu dapat menjalin interaksi antara bayi dan ibu

Banyak lagi kebaikan susu ibu tapi kenapa ada segelintir ibu ibu yang menafikan hak anak? Susu ibulah susu terbaik dan termudah dalam urusan penyediaannya berbanding susu formula. Fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment